Bahasa kiasan
Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan.Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk membanding sesuatu.Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran.
Menurut Za'aba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat atau cerita kiasan.
Kiasan Asal
Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan. Jenis kiasan ini mengggunaka kata-kata perbandingan seperti, ibarat, umpama, laksana, bagai, macam dan bak.
Contoh:
a. Merah macam biji saga.
b. Berlari pantas seperti dikejar hantu.
c. Hancur bagai kaca jatuh ke batu.
Kiasan Berpindah
1. Kiasan berpindah tidak menggunakan kata-kata perbandingan dan kata yang hendak dibandingkan itu terus dicantumkan dengan benda yang dibuat perbandingan.
Berbanding kiasan asal, kiasan berpindah memberikan kesan yang lebih kuat kerana dua benda yang disamakan tanpa kata perbandingan itu menghasilkan satu makna yang utuh dan konkrit.
Bahasa kiasan berpindah terbahagi kepada tujuh jenis, iaitu:
a. Kiasan sandar - kiasan yang dikaitkan dengan benda lain kerana keupayaan sifat atau perbuatan benda tersebut mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan.
Contoh: Mandi kerbau, tidur ayam, hangat-hangat tahi ayam, jinak merpati, pening lalat dan sebagainya.
b kiasan terus - kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara terus dengan benda lain.
Contoh: Ayam tambatan, pisau cukur.
c. Kiasan berangkap - kiasan yang menunjukkan perbandingan secara berirama atau mempunyai kehampiran bunyi antara perkara yang diperkatakan dengan benda yang dikiaskan.
Contoh: Sebab pulut santan binasa sebab mulut badan binasa.
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
d. Kiasan berbunga - menggunakan perkataan-perkataan yang berbunga-bunga dan indah.
Contoh: Angin lembut, merah menyala-nyala.
e. Kiasan pemanis atau gayang - Kiasan untuk melindungi seseorang daripada memperkatakan sesuatu yang kurang elok atau manis jika disebut secara berterus-terang
Contoh: nafkah batin, datang bulan, datang adat, orang ruah, menjamah iossteri, meninggal dunia, membuang air besar dan sebagainya.
f. Kiasan melompat - Kiasan yang melangkah satu tingkat atau lebih daripada perkara yang sebenarnya.
Contoh: Minum kopi, menanak nasi, mencucuk atap, menjahit baju.
g, Kiasan melarat- Kiasan daripada perkataan yang sudah menyimpang jauh daripada maksud asal perkataan tersebut.
Contoh: Kaki botol, memotong cakap orang, mengambil berat, badan berisi, dan sebagainya.
Kiasan Permanusiaan
Kiasan ini menggunakan objek tertentu yang tidak bernyawa dan diberikan sifat atau pelakuan manusia.
Kiasan ini juga dikenali sebagai personifikasi
Contoh: Sungai mengalir lesu
Kalam menari di atas kertas itu.
Kiasan Berkacau
Kiasan yang boleh menimbulkan kekeliruan kerana mengandungi fakta-akta yang bertentangan antara satu sama lain.
Contoh: Nafsunya merentak-rentak seperti kuda hendak masuk belayar di dalam lauan cinta berahi.
Tamsil
Tamsil adalah misalan yang berkias serta mengandungi pengajaran dan teladan.
Contoh: Bawa resmi padi, makin berisi makin menunduk.
Ibarat
Ibarat mempunyai maksud berlapis, iaitu maksud tersurat berbeza dengan maksud yang tersirat.
Kiasan sering digunakan untuk menyindir.
Contoh ibarat:
Lukah Tok Guru sudah mengena
Kiasan ibarat mengunakan bahasa yang indah dan berbunga-bunga.
Terdapat dalam bentuk prosa dan puisi.
Contoh kias ibarat:Segala penat lelahnya sudah membuahkan hasil.
Tamsil Ibarat
Tamsil ibarat ialah gabungan bahasa tamsil dan ibarat, terkandung di dalamnya unsur pengajaran.
Contoh: Sesiapa berusaha memanjat pokok rajin dan melelai dahannya sudah pasti ia ke pucuk kemuliaan dan mengecap buah kesenangan.
Cerita Ibarat atau Cerita Kiasan.
Memberikan pengajaran, teladan, dan panduan hidup kepada manusia.
Contoh Cerita Sang Kancil, Burung Bayan Budiman dan sebagainya.
Kata Hikmat
Kata Hikmat merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor, dan biasanya mengandungi pengertian yang mendalam.Di peringkat pendidikan, ia berguna untuk menjadi sandaran hujah dalam pertuturan dan penulisan.
Contohnya: Jangan putus asa, dalam sehari tugasan awak tidak akan selesai. Sedang Kota Rom tidak dibina dalam sehari.
Saturday, July 31, 2010
Friday, July 30, 2010
SEMANTIK 2
Bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat dikenali sebagai bidang semantik.
Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna.
Dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia.
Perbendaharaan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Semakin banyak kata dikuasai oleh seseorang, semakin banyak idea atau gagasan yang mampu diungkapnya.
Kajian mengenai makna kata boleh dibahagikan kepada aspek-aspek berikut
a, makna denotasi dan dan makna konotasi
b. Makna dalam konteks
c. Hubungan makna dengan kebudayaan
d. Perubahan makna
e. Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik.
Semantik dapat juga ditarifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, frasa dan ayat.
Secara umunya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks.
Sebagai pengguna bahasa, kita bukan sahaja mengetahui morfemnya, tetapi juga makna perkataan.
Otak kita menjadi stor kepada kata-kata yang bermakna ini .
Storan maklumat serta morfem ini kita panggil leksikon atau kosa kata.
Lihat contoh ayat berikut:
Ayah saya pemandu
Kata 'ayah' mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) manusia
(ii) lelaki
(iii) dewasa
(iv) bapa kepada anak
Kata 'saya' mempunyai ciri-ciri berikut:
(i) ganti nama
(ii) manusia
(iii) orang yang Berkata
Kata 'pemandu'pula mempunyai ciri-ciri
(i) manusia
(ii) membawakenderaan
(iii mempunyai lesen
Ciri ialah maklumat mengenai semantik perkataan.
Ciri semantik kata ini terdapat dalam leksikon seseorang.
Satu lagi ciri semantik ialah rujukan.
Teliti ayat berikut:
Orang itu pengarah syarikat
Orang itu abang saya
Seungguhpun kedua-dua ayat di atas berlainan maknanya, tetapi kedua-dua ayat membuat rujukan yang sama kepada orang yang sama.
Rujukan seperti ini penting kerana kerana tiada rujukan, ujaran berkenaan tidak akan difahami sungguhpun ujaran berkenaan diungkapkan menurut peraturan tataMakna denotasi dan konotasi
Denotasi ialah makna tersurat .
Contoh:
Ayam tambatan: Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain -lain alat pengikat.
Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat.
Contoh:
Ayam tambatan: Orang harapan/penting di dalam satu kumpulan, pasukan.
Terdapat kata-kata sinonim (seerti) yang mempunyai makna denotasi yang sama, tetapi makna konotasi yang berbeza.
Contoh:
Kata wafat, mati, meninggal dunia, mampus membawa maksud denotasi yang sama iaitu jasad dan roh terpisah.
Akan tetapi, dari segi denotasi, wafat untuk tokoh-tokoh ulama terhormat dan disegani,
-meninggal dunia untuk sebutan yang sopan, mati untuk sebutan umum dan mampus untuk sebutan yang lebih kasar.
Makna dalam konteks
Makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.
Contoh:
1. Awak betul-betul hati batu ( hati membawa maksud degil, tetap pendirian)
2. Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ
haiwan yang menjadi hidangan yang menyelerakan)
3. Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jalan raya bagi mengelakkan
kemalangan).
Hubungan makna dengan kebudayaan
Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.
Contoh:
a. Engkau/kau: digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk
menimbulkan kemesraan.
b. Awak/anda: Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi).
c. Tuanku: Digunakan oleh orang biasa untuk merendah di ri apabila berhubung dengan
golongan raja.
Perubahan makna
Makna sesuatu perkataan itu akan berubah mengikut perubahan masa, teknologi dan
hubunan sosial masyarakat.
Contoh:
rawat: Makna umum menjaga dan mengubati orang sakit, tetapi makna baru me liputi
merawat sisa kumbahan, pokok (nurseri).
Bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik
Bentuk-bentuk makna kata yang timbul daripada hubungan semantik ialah sinonim,antonim, hiponim, meronim, polise mi, homonim, homofon dan homograf.
Sinonim - kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama.
Contoh:
sang suria = matahari hangat = panas
Antonim - merujuk kepada perkataan -perkataan yang mempunyai makna yang
berlawanan.
Contoh:
Pandai lawannya bodoh Putih lawannya hitam.
Hiponim - kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna.
Contoh:
- kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang)
- Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan)
Meronim - Meronim ialah perkataan-perkataan yang menunjukkan sebahagian daripada.
Contoh: stereng, engin, karburator, kusyen, cermin, menjadi meronim kepada perkataan
kereta.
Polisemi - satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak.
Contoh: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut:
I. Belum masak atau masih muda/putik ( buah-buahan)
II. Tidak masak betul (barang yang dimasak)
III. Tidak atau belum dimasak (barang makanan)
IV. Belum diproses (bahan galian dan sebagainya)
V. Belum matang pemikiran.
Homonim - Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi
sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.
Contoh:
pasang I - jodoh atau kelamin
pasang II - naik atau bertambah (air laut)
pasang III - tembak (meriam)
pasang IV - berhias (badan)
Homonim terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
I. homofon - kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
contoh: massa denan masa
II. homograf - kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.
Gejala ini timbul kerana huruf e mewakili dua bunyi, iaitu e-taling atau e-pepet.
Contoh:
semak (belukar) dengan semak (meneliti atau memeriksa semula).
bela-memelihara bela-menuntut bela/balas
pelekat-kain sarung pelekat-gam
III.Homonim - mempunyai sebutan dan ejaan yang serupa.
contoh:
daki I - kotoran daki II - panjat
Perubahan Makna
Makna perkataan mungkin menjadi lebih luas atau lebih sempit.
Berlaku juga pemindahan makna seperti yang berlaku bagi simpulan bahasa dan peribahasa.
Oleh itu makna mengalami peluasan makna, penyempitan makna, atau pemindahan makna.
i. Peluasan makna
Perubahan pengalaman dan budaya, konteks dan pengetahuan mempengaruhi makna sesuatu
kata.
Contoh: saudara, anda, kapal
ii. Penyempitan makna
Seperti peluasan makna, perubahan pengalaman dan budaya, konte ks dan pengetahuan boleh menyempitkan makna sesuatu kata seh ingga menjadi khusus.
Contoh: madrasah, khalwat, tuan
iii. Pemindahan makna
Pemindahan makna berlaku dalam bahasa kiasan.
Bahasa kiasan dapat dibahagikan kepada peribahasa dan bukan peribahasa.
Peribahasa
i. Simpulan bahasa
ii. Perumpaan
iii. Bidalan
iv. Pepatah atau perbilangan
Bukan Peribahasa
i. Kiasan (Metafora atau Personafikasi)
ii. Kata hikmat

SEMANTIK
Pengenalan
Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".
Beberapa konsep dalam tajuk ini yang akan dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim.
Definisi Semantik
Semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.
Makna Perkataan
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.
Perkaitan Makna Perkataan
Makna Perkataan
- Polisim
- Antonim
- Hiponim
- Homonim
- Homofon
- Homograf
Peribahasa
- masyarakatMelayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutun-temurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.
a. Perumpamaan / Simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.
b. Pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. Bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja.
d. Kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain.
e. Simpulan Bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu
Perbandingan
- terdapat dalam perumpamaan.
- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan perbandingan tidak terus terang.
- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu;
a. Tamsil
- memberi misalan berkias.
- mengandungi pengajaran dan teladan.
b. Ibarat
- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud.
- maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.
c. Kiasan Ibarat
- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan.
- selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi.
d. Tamsil Ibarat
- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk kesatuan kata.
- ia mengandungi unsur-unsur pengajaran.
e. Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan
- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.
Kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan perkara lain.
- kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu;
a. kiasan asal
- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.
b. kiasan berpindah
- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan bagai.
- kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
- kiasan bersandar
- kiasan melarat
- kiasan melompat
- kiasan terus
- kiasan berangkap
- kiasan berbunga
- kiasan pemanis

Wednesday, July 28, 2010
Variasi Bahasa
Definisi Variasi Bahasa: Kelainan atau kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
Dialek : Merupakan kelaianan bahasa antara sesuatu tempat, daerah , atau bahagian negeri tertentu. Antara ciri yang menjadikan sesuatu bahasa daerah itu berbeza ialah kepelatan bunyi sebutan,gaya lagu sewaktu menuturkannya dan perbezaan dari segi ungkapan-ungkapan tertentu.
Contoh,orang Kedah menyebut ayaq(air) manakala orang Perak menyebut (ayo)
Idiolek :Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu akibat alat pertuturan yang kurang sempurna seperti sengau atau tabiat pertuturan seperti terlalu cepat menyebut atau gagap ketika bercakap.
Dialek sosial: Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal.
Bahasa baku: Bahasa yang mengalami proses pengekodan,yang diterima oleh masyarakat dan menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat tersebut sesebuah negara.
Bahasa Slanga:Bahasa tidak rasmi, tidak baku .Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, sekeh, boring.
Bahasa Basahan: Juga disebut sebagai bahasa kolokiaZa'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

Tuesday, July 27, 2010
Sukatan Pelajaran Tingkatan 6
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pengetahuan Tentang Bahasa Melayu dan Kecekapan Berbahasa.
Tajuk-tajuk dalam kedua-dua bahagaian itu adalah seperti berikut:
KERTAS 1
Pengetahuan Tentang Bahasa Melayu
Tajuk 1: Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Moden
Unsur Asing dalam Bahasa Melayu
Tajuk 2: Dinamika Bahasa Melayu
Variasi Bahasa Melayu
Laras Bahasa
Wacana
Retorik
Kesantunan Berbahasa
Tajuk 3: Sistem Bahasa Melayu
Fonologi
Tatabahasa
Morfologi
Sintaksis
Semantik
KERTAS 2
Kecekapan Berbahasa
Tajuk 1: Karangan
Tajuk 2: Rumusan
Tajuk 3: Alih Bentuk Teks
Tajuk 4: Analisis Kesalahan Bahasa
Tajuk 5: Pemahaman

Subscribe to:
Posts (Atom)