Pengenalan
Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".
Beberapa konsep dalam tajuk ini yang akan dipelajari seperti sinonim, antonim, hiponim, homonim, dan polisim.
Definisi Semantik
Semantik ialah makna kata, satu cabang linguistik. mengkaji makna kata dalam bahasa tertentu, dikaitkan dengan masyarakat, dan faktor-faktor yang mempengaruhi.
Makna Perkataan
- terdapat hubungan semantik antara satu perkataan dengan perkataan bahasa lain atau perkaitan beberapa jenis perkataan.
Perkaitan Makna Perkataan
Makna Perkataan
- Polisim
- Antonim
- Hiponim
- Homonim
- Homofon
- Homograf
Peribahasa
- masyarakatMelayu kaya dengan pelbagai bentuk kata berbunga yang diwarisi dari tutun-temurun.
- peribahasa sudah sebati dalam masyarakat Melyu dan merupakan warisan yang amat tinggi nilainya.
- peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, perumpamaan pepatah dan bidalan. Peribahasa mempunyai falsafah hidup dan nilai moral yang tinggi.
a. Perumpamaan / Simile
- perumpamaan ialah kata-kata kiasan yang membawa perbandingan makna. Perumpamaan mempunyai erti dua lapis.
b. Pepatah
- pepatah juga dikenali sebagai perbilangan. Pepatah ialah ungkapan yang merupakan pusaka adat resam masyarakat Melayu.
c. Bidalan
- Bidalan ialah peribahasa yang mempunyai makna selapis sahaja.
d. Kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diungkapkan dimana ia dibandingkan dengan yang lain.
e. Simpulan Bahasa
- ungkapan atau rangkai kata yang tersimpul dan digunakan dalam keadaan tertentu
Perbandingan
- terdapat dalam perumpamaan.
- Perbandingan terbahagi kepada dua jenis iaitu perbandingan terus terang dan perbandingan tidak terus terang.
- di dalam perbandingan, terdapat 5 jenis perbandingan iaitu;
a. Tamsil
- memberi misalan berkias.
- mengandungi pengajaran dan teladan.
b. Ibarat
- bahasa yang menggunakan kata-kata berkias dalam perkataan sesuatu maksud.
- maksud juga berbeza secara tersurat dan tersirat.
c. Kiasan Ibarat
- gabungan bahasa ibarat dengan bahasa kiasan.
- selalu digunakan didalam penulisan prosa dan puisi.
d. Tamsil Ibarat
- tamsil ibarat merupakan gabungan bahasa tamsil dan bahasa ibarat dalam bentuk kesatuan kata.
- ia mengandungi unsur-unsur pengajaran.
e. Cerita Ibarat dan Cerita Kiasan
- ia berperanan untuk memberi pengajaran dan teladan kepada manusia.
Kiasan
- kiasan ialah bahasa yang diucapkan tantang sesuatu perkara dibandingkan dengan perkara lain.
- kiasan terbahagi kepada 2 bentuk iaitu;
a. kiasan asal
- bagasa yang memerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perbandingan.
b. kiasan berpindah
- menggunakan kata perbandingan seperti bak, ibarat, umpama, laksana dan bagai.
- kiasan berpindah ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu;
- kiasan bersandar
- kiasan melarat
- kiasan melompat
- kiasan terus
- kiasan berangkap
- kiasan berbunga
- kiasan pemanis
No comments:
Post a Comment