Wednesday, July 28, 2010

Variasi Bahasa

Definisi Variasi Bahasa: Kelainan atau kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.

Dialek : Merupakan kelaianan bahasa antara  sesuatu tempat, daerah , atau bahagian negeri tertentu. Antara ciri yang menjadikan sesuatu bahasa daerah itu berbeza ialah kepelatan bunyi sebutan,gaya lagu sewaktu menuturkannya dan perbezaan dari segi ungkapan-ungkapan tertentu.
Contoh,orang Kedah menyebut ayaq(air) manakala orang Perak menyebut (ayo)

Idiolek :Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu akibat alat pertuturan yang kurang sempurna  seperti sengau atau tabiat pertuturan seperti terlalu cepat menyebut atau gagap ketika bercakap.

Dialek sosial:  Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan menggunakan bahasa-bahasa yang formal.

Bahasa baku: Bahasa yang mengalami  proses pengekodan,yang diterima oleh  masyarakat dan menjadi norma kebahasaan  bagi seluruh masyarakat tersebut sesebuah negara.

Bahasa Slanga:Bahasa tidak rasmi, tidak baku .Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe,  sekeh, boring.

Bahasa Basahan: Juga disebut sebagai bahasa kolokiaZa'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.

1 comment:

  1. CASINO, NV - 2021-08-28 - JMT Hub
    The JMT 의왕 출장마사지 Las Vegas 동두천 출장마사지 Convention and Visitors Center 계룡 출장안마 is located on the 문경 출장안마 famous strip, 영천 출장안마 near Fremont Street and Fremont Street.

    ReplyDelete